Total Pageviews

Wednesday 25 November 2015

CARA-CARA PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN


http://opocotko.blogspot.my/2015/09/kenapa-bala-terjadi.html

Pengertian Wang Simpanan

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.
Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

Contoh Akaun Simpanan

Tarikh MasukTarikh KeluarAmaun (RM)Baki (RM)
02/02/XXXX
20,000.00 20,000.00

23/04/XXXX 2,000.00 18,000.00

30/05/XXXX 3,000.00 15,000.00
06/07/XXXX
200.00 15,200.00

08/08/XXXX 1,200.00 14,000.00
31/11/XXXX
2,000.001 16,000.00
31/12/XXXX
1,000.00 17,000.00
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 14,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/xxxx - 31/12/xxxx.

Contoh Pengiraan

Baki Terendah = RM14,000 (melebihi nisab)
Zakat = RM4,000 x 2.5%

Pengiraan Bagi Pendeposit Yang Memiliki Beberapa Akaun Simpanan

Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila jumlah baki terendah tersebut menyamai atau melebihi nisab.

Contoh Pengiraan Zakat Pelbagai Buku Akaun Simpanan

Haul : 1/1/xxxx - 31/12/xxxx

Buku SimpananBaki Terendah (RM)
Buku 1 1,000.00
Buku 2 1,000.00
Buku 3 8,000.00
Jumlah Baki Terendah 10,000.00
Jumlah baki terendah : RM 20,000 (melebihi nisab)
Zakat = RM 20,000 x 2.5%
= RM500

Akaun Simpanan Tetap

Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas simpanan pokok yang disimpan dalam jangkamasa tertentu.
Contoh:
Simpanan tetap : RM10,000
Zakat : RM10,000 x 2.5% (kadar zakat)
= RM250
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist