Total Pageviews

Wednesday 18 November 2015

PADAH RAKAM AKSI WANITA MANDI


Singapura – Seorang lelaki menerima padah apabila dia telah di pukul oleh seorang wanita sebelum ditangkap oleh pihak pengawal keselamatan kerana cuba merakam gambar wanita berkenaan mandi di tandas awam, Sentosa, Singapura.

Menurut teman lelaki wanita berkenaan, Trey Wei Zheng Phang berkata, lelaki tersebut telah menyamar sebagai wanita dengan memakai rambut palsu bagi membolehkan dia masuk ke dalam kawasan bilik mandi wanita berkenaan.

“Ketika teman wanita saya, Vivian sedang mandi, dia mengambil barang di bawah dan terlihat seseorang menghulurkan kamera dari bawah ruang pintu menyebabkan dia cepat-cepat membuka pintu dan memukul suspek,” ceritanya yang menyatakan suspek telah mengalami sedikit kecederaan kerana pukulan itu.

Menyedari kejadian berkenaan, orang ramai bertindak menangkap suspek apabila dia cuba melarikan diri sebelum merebahkannya ke tanah.

Selepas ditangkap dia cuba melepaskan diri dengan alasan tidak munasabah iaitu mengatakan yang dia tidak siuman.

“Kepada semua wanita-wanita diluar sana, pesanan saya elakkan memakai pakaian yang seksi, berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali dengan mengambil langkah-langkah berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.”

“Jika kejadian seperti ini berlaku di Singapura, tidak mustahil ia akan berlaku ditempat lain, berhati-hatilah,”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist