Total Pageviews

Tuesday, 14 March 2017

Selepas tular sedunia, Prof Kelly jawab soalan tentang keluarga dan seluarny



Kelly telah menghantar surat permohonan maaf selepas kekecohan dalam temubual dengan BBC itu.                         

PROFESOR Robert E. Kelly yang sebelum ini menjadi tular gara-gara aksi lucu yang dipaparkan keluarganya ketika temu bual secara langsung bersama stesen televisyen BBC, akhirnya membuka mulut tentang situasi sebenar yang berlaku ketika itu.

Dalam satu temubual dengan portal The Wall Street Journal (WSJ), Kelly memberitahu, semuanya berlaku kerana kesilapannya yang terlupa untuk mengunci pintu ketika sesi temu bual dengan BBC dijalankan.

Hal itu diakui isterinya, Kim Jung-A, yang juga merupakan watak penting dalam video berkenaan apabila gaya 'meluncur'nya untuk menyelamatkan keadaan, membuatkan ramai penonton pecah perut.

"Selalunya memang dia (Kelly) kunci pintu apabila melakukan temu bual," kata Kim kepada WSJ.
Temu ramah dengan WSJ itu pada mulanya hanya melibatkan Kelly, sebelum turut disertai Kim dan dua anak mereka, Marion, 4, dan James, 8 bulan.


Ketika kekecohan itu berlaku, kata Kim, dia sedang menontonnya secara langsung di televisyen di ruang tamu.

Namun siaran televisyen yang lewat beberapa saat membuatkan dia agak lambat untuk menyedari 'pencerobohan' yang dilakukan anak-anaknya itu.

Kelly pula menambah, ketika kejadian, dia cuba untuk fokus dengan temu bual yang berjalan namun mengakui sangat geli hati dengan gelagat isteri dan anak-anaknya.

Pensyarah Sains Politik di Pusan International University, Korea Selatan itu juga ada menghantar surat permohonan maaf kepada BBC susulan kekecohan itu.

Agak lucu apabila dalam temu bual terbaharu ini, anak sulung Kelly, Marion, dapat didengar menjerit memanggil bapanya dari luar bilik.

"Inilah kehidupan saya," kata Kelly, sebelum bangun untuk membuka pintu dan membenarkan anak perempuannya itu masuk.

Portal CNET pula melaporkan, Kelly turut menjawab satu persoalan yang menjadi tanda tanya ramai; adakah dia tidak memakai seluar ketika temu bual itu?

"Saya pakai seluar jean," jawab Kelly.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

My Bloglist