MALAYSIA gagal layak ke final Piala Thomas 2016 selepas terpaksa tunduk kepada Denmark 2-3 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, tadi.
 
Keputusan penuh:
Datuk Lee Chong Wei menundukkan Viktor Axelsen 23-21,21-18 dalam pertarungan selama 54 minit.

Goh V Shem-Tan Wee Kiong menewaskan Mathias Boe-Mads Conrad Petersen 21-18,21-18.

 Iskandar Zulkarnain Zainuddin terpaksa akur kalah kepada Hans Kristian Vittinghus 18-21 dan 18-21.

Koo Kien Keat - Tan Boon Heong kalah 21-10, 8-21 dan 13-21.

Chong Wei Feng kalah kepada Emil holst 15-21 dan 18-21.