Total Pageviews

Tuesday 10 January 2017

Biodata Faiz Subri



Image result for mohd faiz subri
Mohd Faiz Subri (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Pulau Pinang sebagai pemain tengah (Attacking Midfielder) atau Penyerang (Striker).

kandungan

  • 1 Kerjaya
  • 2 Karier antarabangsa
  • 3 Gol sepakan percuma
  • 4 Anugerah
  • 5 Rujukan

Kerjaya

Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis.[1] Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.
Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC.[2] Bagi musim 2013 pula, Faiz menandatangani kontrak bersama rakan sepasukan di T-Team, Zairo Anuar Zalani. Pada bulan April 2013, Faiz menyertai pasukan Kelantan FA. Selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan sehingga akhir 2014, Faiz kemudiannya menandatangani kontrak bersama Pulau Pinang FA untuk musim 2015. Beliau membantu Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2016 selepas muncul naib juara Liga Perdana Malaysia 2015.

Karier antarabangsa

Pada tahun 2012 dan 2013, Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal. Walaupun dipanggil, beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan. Pada bulan Ogos 2015, Faiz kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh. Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA.

Gol sepakan percuma

Pada 16 Februari 2016, Faiz mencipta kejutan apabila beliau melakukan sepakan percuma yang sungguh luar biasa ketika menewaskan Pahang FC 4-1 dalam perlawanan kedua saingan Liga Super Malaysia 2016. Gol tersebut menjadi viral di seluruh dunia lalu menganggap jaringan tersebut semirip dengan jaringan sepakan percuma bekas pertahanan Brazil, Roberto Carlos ketika Brazil bertemu Perancis pada tahun 1997. Gol itu juga telah memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 sebagai jaringan gol tercantik dunia melalui undian dari seluruh dunia.

Anugerah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist