Total Pageviews

Wednesday 24 May 2017

Terkini: Dua Maut Dalam Insiden Letupan di Kampung Melayu







Jakarta, 24 Mei - Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan seorang polis Indonesia cedera selepas laporan letupan yang berlaku di Kampung Melayu di sini.

Straits Times melaporkan, berdasarkan saksi, pegawai tersebut cedera selepas dua letupan kedengaran kira-kira pukul 9 malam.

Laporan terperinci kejadian masih belum jelas namun beberapa saksi berkata letupan pertama dan kedua berlaku dalam perbezaan jangkamasa lima ke 10 minit berdekatan sebuah perhentian bas dan kawasan parkir motosikal.

Polis masih dalam proses mencari punca kejadian tapi foto dan video yang dikatakan dari tempat kejadian memaparkan bahagian badan manusia berselerak di kawasan terbabit.

Tuesday 9 May 2017

11 kanak-kanak maut dalam kemalangan bas di terowong China



Sebelas kanak-kanak lima warga Korea Selatan dan enam rakyat China terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan terbakar di timur wilayah Shandong pada Selasa. -Reuters/CCTV

WEIHAI: Sebelas kanak-kanak – lima warga Korea Selatan dan enam rakyat China – terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan terbakar di timur wilayah Shandong pada Selasa.

Kemalangan yang berlaku di dalam sebuah terowong di sini turut mengorbankan pemandu bas terbabit dan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang guru.
Menurut stesen CCTV, bas terbabit dilapor membawa kanak-kanak berusia di antara tiga dan enam tahun ke sebuah tadika antarabangsa di Weihai, sebuah bandar di seberang Laut Kuning dari Korea Selatan.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan api marak dan asap hitam berkepul keluar dari pintu masuk terowong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist