Total Pageviews

Sunday 30 March 2014

Isteri saya yang mulakan dulu…dia ada lelaki lain, lebih teruk lagi lelaki itu kawan saya sendiri


http://cikyanzone.blogspot.com/



Penguat kuasa Jaij Batu Pahat mengambil keterangan pasangan yang didapati berdua-dua dalam bilik sebuah hotel bajet.

BATU PAHAT – “Isteri saya yang mulakan dulu…dia ada lelaki lain, lebih teruk lagi lelaki itu kawan saya sendiri,” kata seorang lelaki yang berusia 25 tahun yang ditahan bersama kekasih gelapnya.

Lelaki berkenaan yang sudah mempunyai seorang anak itu didapati berkurung bersama dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di sini, semasa Operasi Khalwat dilakukan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, semalam.

Timbalan Penguat kuasa, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika pemeriksaan dilakukan pada awalnya lelaki itu mendakwa tinggal berseorangan di bilik hotel itu.

Katanya, bagaimanapun hasil pemeriksaan menyeluruh, pihaknya menemui seorang wanita yang berusia 20an yang berada dalam keadaan ketakutan menyorok dalam tandas.

“Hasil soal siasat serta pemeriksaan yang kami lakukan, pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dan mengaku telah melakukan perbuatan salah.

“Mereka juga mengaku baru mengenali antara satu sama lain…dan perkenalan mereka tidak sampai sebulan selain dalam proses untuk menjalin hubungan yang lebih serius.

“Semasa serbuan ini dilakukan lelaki berkenaan turut mengadu dia mempunyai masalah dengan isterinya dan kini dalamproses perceraian ,” katanya kepada Sinar Harian

Saiful berkata, walau apa juga alasan yang diberikan, pasangan berkenaan telah melakukan kesalahan kerana berdua-duaan dalam bilik tertutup dan boleh mendatangkan fitnah.

Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997,

“Pasangan ini akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.

“Operasi yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk membendung kegiatan sumbang yang semakin menular di kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel-hotel bajet dan juga kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya

Selepas memarahi mangsa, suspek dikatakan terus menyerang dan tikam mangsa dengan sebilah pisau rambo sebanyak sekali menyebabkan mangsa luka di bahagian atas bahu kiri.


Terbaru Terengganu ; Gatal Bermanja Di Rumah Janda,Pemuda Di Tikam Bekas Suami.

http://cikyanzone.blogspot.com/
Seorang kelindan sebuah lori ais, di sini, menempuh saat mencemaskan apabila dia ditikam dengan pisau rambo oleh bekas suami rakan wanitanya dalam kejadian di Kampung Pak Da Malik dekat Alor Lintah.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, 23, dari Kampung Gong Kepas Dalam, cedera di bahu kiri akibat ditikam suspek yang berumur 28 tahun itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pada hari kejadian, mangsa berada di rumah rakannya yang juga bekas isteri suspek.

Menurutnya, suspek telah datang ke rumah itu dan memarahi mangsa dengan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menuduh mangsa menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Difahamkan suspek sudah bercerai dengan isterinya sejak dua bulan lalu tetapi masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isterinya itu.

“Selepas memarahi mangsa, suspek dikatakan terus menyerang dan tikam mangsa dengan sebilah pisau rambo sebanyak sekali menyebabkan mangsa luka di bahagian atas bahu kiri.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut dan menerima rawatan sebagai pesakit luar serta menerima 10 jahitan,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.

“Selepas kejadian itu suspek telah menghilangkan diri dan usaha mengesannya sedangkan dilakukan. Kes disiasat di bawah Sekyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam," katanya.


Saturday 29 March 2014

Kasim telah melakukan hubungan sulit bersama pembantu rumahnya yang berasal dari Bandung, Indonesia bernama Sumarni...


http://cikyanzone.blogspot.com/2014/03/mh370-akan-ditemui.html
Untuk beberapa tahun, Kasim telah melakukan hubungan sulit bersama pembantu rumahnya yang berasal dari Bandung, Indonesia bernama Sumarni...

Suatu hari, Sumarni memberitahu Kasim yang dirinya mengandung ... Kasim yang tidak mahu isterinya tahu, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sumarni balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala perbelanjaan untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun... Supaya rahsia mereka berdua tidak bocor, Kasim menyuruh Sumarni supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Kasim akan menguruskan pengiriman kos perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

9 bulan selepas itu, ketika Kasim pulang dari kerja, isteri Kasim iaitu Maimunah menegur Kasim dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Aishah. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang.. Nanti abang jelaskan," kata Kasim.. Aishah pun memberi poskad itu kepada Kasim dan melihat Kasim membaca poskad tersebut, lalu muka Kasim bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi ... "Mi Bandung 4…2 ada telur, 2 tiada telur… Tolong hantarkan kuah lebih ya!"


GAMBAR LUCU PART 4


http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-1.html

 http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-2.html
http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-3.html
http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-2.html






http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-1.html

Friday 21 March 2014

PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHALUSKAN KULIT.


http://cikyanzone.blogspot.com/2014/03/petua-petua-tradisional-menegangkan.html
Assalamualaikum....

Hari ini petua-petua tradisional ingin berkongsi dengan anda petua untuk menghaluskan kulit anda. Semua orang inginkan kulit yang cantik dan halus. 

Cara-caranya ialah -

Ambil buah tomato dan dikisar hingga halus. Setelah buah tomato tersebut telah hancur, ambil nya dan lumurkan di muka anda untuk beberapa ketika. 

Setelah di biarkan agak beberapa lama cucilah dengan menggunakan air suam. Buah tomato juga bertindak sebagai pembersih kulit muka anda.

Sebaik-baiknya anda lakukan di waktu malam sebelum anda masuk tidur. Lakukanlah sekerap yang mungkin untuk melihat perubahannya. InsyaAllah anda akan lihat perbezaannnya.


Gambar Lucu Bahagian 3



http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/kandungan-dan-manfaat-buah-kelapa.html

http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-1.html



http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-1.html

http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-5.html

http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-6.html

http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/foto-ngeri-melampau-kemalangan-ngeri.html

http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/foto-ngeri-melampau-kemalangan-ngeri.html

http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-6_24.html



http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-6_24.html

Gambar Lucu Bahagian 2







Gambar Lucu Bahagian 1

Gambar Lucu Bahagian 1

Gambar Lucu Bahagian 2







http://cikyanzone.blogspot.com/2014/01/gambar-lucu-bahagian-2.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist