Total Pageviews

Monday 27 February 2017

Mengapa Korea Utara mahu Jong-nam mati?



SEHINGGA ke hari ini, misteri kematian Kim Jong-nam, anak lelaki sulung bekas pemimpin utama Korea Utara, mendiang Kim Jong-il, masih diselubungi misteri.

Selepas kematiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu, polis mengenal pasti dan memburu empat suspek lelaki warga Korea Utara yang disyaki dalang kepada pembunuhan abang tiri pemimpin utama negara berkenaan, Kim Jong-un.

Korea Selatan yang sekian lama bermusuhan dengan negara itu, menyelar pembunuhan tersebut dengan mengatakan ia satu bentuk tindakan keganasan daripada Kerajaan Korea Utara.

Persoalan di sini, mengapa Pyongyang sanggup membunuh ahli keluarga dinasti pemerintah mereka?

Penganalisis mahupun pakar sukar untuk mengenal pasti punca sebenar, namun perbezaan dengan sekutu dan negara jiran, China serta persaingan antara adik-beradik dalam merebut takhta antara punca yang
berkait rapat.

Hubungan dengan China?

Pada 2001, Jong-nam ditangkap selepas cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu untuk berhibur di Disneyland Tokyo.

Perbuatannya itu menjatuhkan maruah Korea Utara lantas harapannya untuk menjadi orang nombor satu negaranya, menggantikan Jong-il, musnah.

Bermula 2003, Jong-nam menetap di Macau dan diberi perlindungan oleh China.

Sejak itu, Jong-nam kerap berkunjung ke China dan mengukuhkan kedudukan bersama Beijing terutama menerusi bapa saudaranya, Jang Song-thaek, iaitu individu nombor dua berkuasa di Korea Utara selepas Jong-il.

“Song-thaek merupakan lelaki China di Pyongyang. Dia adalah sumber Jong-nam dan disebabkan itu, China memberi perlindungan kepadanya,” kata Pengarah Program East Asia Non-Proliferation, Dr Jeffrey Lewis kepada CNN.

Pada 2013, di bawah pimpinan Jong-un, Korea Utara melakukan ‘pembersihan’ dalam kalangan pemimpin mereka dan Song-thaek antara individu yang menjadi mangsa.

Dilaporkan bahawa Song-thaek dijatuhkan hukuman bunuh selepas didakwa sebagai pengkhianat Korea Utara.

Kematian Song-thaek merupakan kehilangan yang besar buat Jong-nam.

Kerap mengkritik Korea Utara secara terbuka

Ketika melanjutkan pengajian di Switzerland, Jong-nam kerap bercanggah pendapat dengan bapanya terutamanya berkaitan dengan soal negara.







Friday 24 February 2017

Ferrari menjadi pasukan keenam Formula 1 untuk melancarkan kereta baru, SF70H,



Ferrari menjadi pasukan keenam Formula 1 untuk melancarkan kereta baru, SF70H, kerana bertujuan untuk bangkit daripada kempen yang mengecewakan 2016.

Scuderia memilih pelancaran dalam talian, penyiaran secara langsung dari Fiorano, di mana pencabar 2017 yang akan melanda trek buat kali pertama di hari Jumaat sebagai sebahagian daripada hari penggambaran.

Kereta baru mempunyai beberapa sidepods agresif diukir dan mempunyai T-sayap dipasang pada penutup shark fin enjin - mengeksploitasi kelemahan yang sama dalam peraturan-peraturan sebagai Mercedes.

ketua pasukan Maurizio Arrivabene, ketua pegawai teknikal Mattia Binotto dan pemandu perlumbaan Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen di atas pentas untuk persembahan.

Pasukan Itali berharap untuk mencabar kejuaraan pada tahun lepas selepas memenangi tiga perlumbaan pada tahun 2015 untuk menyelesaikan naib juara kepada Mercedes.

Tetapi ia merosot kerana ia bergelut dengan set-up, strategi dan tayar suhu sepanjang musim ini dan jarang berjaya mendapatkan yang terbaik daripada bungkusannya.

Ia gagal untuk memenangi perlumbaan dan dikalahkan ke tempat kedua dalam kejuaraan pengeluar dengan Red Bull, kemasan 367 mata di belakang Mercedes.

struktur teknikal Ferrari telah berubah pertengahan musim apabila pengarah teknikal James Allison meninggalkan pasukan, dengan Binotto bergerak dari peranannya sebagai bos enjin untuk mengetuai jabatan teknikal.

Friday 17 February 2017

Tiada rakyat Malaysia cedera serangan di Pakistan



KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam serangan pengganas di Wilayah Sindh, Pakistan pada Khamis, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 nyawa dan mencederakan 250 orang.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi akan terus memantau situasi berkenaan.
"Kerajaan Malaysia amat sedih dengan tindakan keganasan yang tidak berasas ini dan telah meragut banyak nyawa tidak berdosa di samping mencederakan ramai yang lain.
"Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah ini akan dibawa ke muka pengadilan secepatnya. Kerajaan Malaysia juga merakamkan takziah dan simpati kepada kerajaan Pakistan dan keluarga mangsa yang terlibat," kata Wisma Putra.
Laporan media menyebut, sekurang-kurangnya 60 maut manakala 250 orang cedera dalam kejadian letupan ke atas makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh.
Menurut laporan stesen televisyen CNN, Islamic State Khorasan, sebuah sekutu kumpulan militan Daesh di Afghanistan dan Pakistan mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. –Bernama

Monday 6 February 2017

Cerita lucu: Arnab dan jiran



teringat kisah ni

Malam semalam... saya terkejut bila nampak kucing saya sedang gigit tengkuk arnab jiran saya, saya pun terus tepuk kepala kucing saya, suruh dia lepaskan arnab tu. Bila saya periksa arnab tu, malangnya arnab jiran saya tu dah mati. Hah matilah nak gantikan arnab bulu kembang tu. Mau dekat RM200 seeokor. Dahlah jiran saya tu jenis panas baran.. pernah bini dia sendiri kena lempang sebab tak susun selipar yang bersepah depan rumah. Apalagi, cepat -cepat saya pergi basuh bangkai arnab tu sampai bersih lepastu keringkan pakai hair-dryer, letakkan dalam sangkarnya balik senyap-senyap. Kira-kiranya arnab tu mati dalam sangkarlah kan? Pagi ni saya dengar jiran saya membebel. Saya buat tak tau je tapi jantung rasa nak berhenti bila dia tegur saya dengan muka bengis, ''kau tau tak arnab aku mati?", saya terus jawab dengan nada sedih,"laa, arnan kau mati ke din?, sedihnya.. aku baru nak mintak arnab tu dari kau..." Din pun terus mencelah," Hah kau pun sedihkan? Tapi aku tengah marah sangat ni. Aku dah tanam petang semalam belakang rumah, entah siapa yang korek siap bersihkan, lepas tu letak balik dalam sangkar. Jangan sampai aku tau siapa punya kerja, memang aku siat-siat kulit kepala dia"...
Gulpp.. saya rasa nak pindah rumahlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist