Total Pageviews

Monday, 6 February 2017

Cerita lucu: Arnab dan jiran



teringat kisah ni

Malam semalam... saya terkejut bila nampak kucing saya sedang gigit tengkuk arnab jiran saya, saya pun terus tepuk kepala kucing saya, suruh dia lepaskan arnab tu. Bila saya periksa arnab tu, malangnya arnab jiran saya tu dah mati. Hah matilah nak gantikan arnab bulu kembang tu. Mau dekat RM200 seeokor. Dahlah jiran saya tu jenis panas baran.. pernah bini dia sendiri kena lempang sebab tak susun selipar yang bersepah depan rumah. Apalagi, cepat -cepat saya pergi basuh bangkai arnab tu sampai bersih lepastu keringkan pakai hair-dryer, letakkan dalam sangkarnya balik senyap-senyap. Kira-kiranya arnab tu mati dalam sangkarlah kan? Pagi ni saya dengar jiran saya membebel. Saya buat tak tau je tapi jantung rasa nak berhenti bila dia tegur saya dengan muka bengis, ''kau tau tak arnab aku mati?", saya terus jawab dengan nada sedih,"laa, arnan kau mati ke din?, sedihnya.. aku baru nak mintak arnab tu dari kau..." Din pun terus mencelah," Hah kau pun sedihkan? Tapi aku tengah marah sangat ni. Aku dah tanam petang semalam belakang rumah, entah siapa yang korek siap bersihkan, lepas tu letak balik dalam sangkar. Jangan sampai aku tau siapa punya kerja, memang aku siat-siat kulit kepala dia"...
Gulpp.. saya rasa nak pindah rumahlah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

My Bloglist