Total Pageviews

Thursday 13 July 2017

Lionel Messi



Lionel Andrés "LeoMessi dilahir 24 Jun 1987) adalah seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab FC Barcelona yang berpangkalan di Sepanyol dan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina. Dianggap sebagai pemain terbaik di dunia dan dikenal sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, Messi merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi lima anugerah  FIFA Ballon d'Or, di mana empat daripadanya dimenangi berturut-turut, dan pemain pertama yang memenangi anugerah bola emas EropahBersama kelab FC Barcelona, beliau memenangi empat kejuaraan La Liga, empat kejuaraan UEFA Champions Leaguedan empat kejuaraan Copa del Rey, serta beberapa buah trofi yang lain. Peranannya sebagai penjaring gol prolifik dan perancang yang kreatif membolehkan Messi memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam La Liga (349 gol), penjaring gol terbanyak La Liga dalam satu musim (50 gol) dan penjaring gol terbanyak dalam kejuaraan di peringkat benua (73 gol) serta rekod pengumpan (assist) paling banyak dalam La Liga (137) dan dalam Copa América (11). Setakat ini beliau telah menjaring lebih 500 gol di peringkat senior sepanjang kariernya bersama kelab dan negara.

Maklumat peribadi
Nama penuhLionel Andrés Messi[1]
Tarikh lahir24 Jun 1987 (umur 30)[1]
Tempat lahirRosarioArgentina[1]
Ketinggian1.70 m (5 ka 678 in)[1]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniFC Barcelona
Nombor10
Kerjaya remaja
1994–2000Newell's Old Boys
2001–2004Barcelona
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2004Barcelona C10(5)
2004–2005Barcelona B22(6)
2004–Barcelona382(349)
Pasukan kebangsaan
2004–2005Argentina U2018(14)
2008Argentina U235(2)
2005–Argentina117
Dah baca tu tolong klik iklan di bawah ya.
Untuk upah saya tu.

Wednesday 12 July 2017

Cristino Ronaldo


Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro GOIH,ComM, (sebutan dalam bahasa Portugis: [kɾiʃ'tjɐnu ʁuˈnaɫdu], lahir 5 Februari 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional dari Portugal yang bermain di posisi penyerang untuk kelab bola sepak Real Madrid yang berpangkalan di Sepanyol dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Selalu disebut-sebut sebagai pemain terbaik sepanjang zaman[nota 1], Ronaldo telah dianugerahkan FIFA Ballon d'Or sebanyak empat kali[2], pemain terbanyak yang memenangi anugerah ini dan juga pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropahsebanyak empat kali[3]. Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 22 buah trofi kejuaraan, termasuklah lima kejuaraan liga domestik, empat kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA dan sebuah trofi kejuaraan Piala Eropah UEFA. Sebagai seorang penyerang yang berbisa, beliau memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam lima buah liga domestik di Eropah teratas sebanyak 369 gol[4], dalam kesemua perlawanan Liga Juara-Juara UEFA sebanyak 105 gol[5] dan dalam kejuaraan UEFA EURO sebanyak 29 gol. Sejumlah lebih 600 gol telah beliau jaringkan untuk pasukan kelab dan kebangsaan.

Maklumat peribadi
Nama penuhCristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
Tarikh lahir5 Februari 1985 (umur 32)
Tempat lahirFunchalMadeira, Portugal
Ketinggian1.85 m (6 ka 1 in)[1]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniReal Madrid
Nombor7
Kerjaya remaja
1992–1995Andorinha
1995–1997Nacional
1997–2002Sporting CP
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2002–2003Sporting CP25(3)
2003–2009Manchester United196(84)
2009–Real Madrid265(285)
Pasukan kebangsaan
2001Portugal B159(7)
2001–2002Portugal B177(5)
2003Portugal B205(1)
2002–2003Portugal B2110(3)
2004Portugal B233(2)
2003–Portugal143(75)
Dilahirkan dan dibesarkan di Santo António, Madeira, Ronaldo pada usia mudanya didiagnosa dengan penyakit takikardiasemasa berumur 15 tahun. Beliau kemudian dirawat dengan prosedur pembedahan dijalankan, dan memulakan karier seniornya dengan menyertai kelab Sporting CP, sebelum menyertai kelab Manchester United semasa beliau berusia 18 tahun pada tahun 2003[6]. Selepas memenangi trofi pertamanya iaitu Piala FA pada musim pertama di England, beliau membantu pasukan United memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut, satu kejuaraan Liga Juara-Juara UEFAdan sebuah trofi Piala Kelab Dunia FIFA. Semasa berumur 22 tahun, beliau telah dicalonkan untuk anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA dan memenangi kedua-dua anugerah ini pada umur 23 tahun. Pada tahun 2009, Ronaldo menandatangi kontrak bersama kelab Real Madrid di Sepanyol dengan rekod perpindahan termahal dunia pada ketika itu dengan harga sekitar €80 juta[7].
Di Sepanyol pula, Ronaldo memenangi dua kejuaraan La Liga, dua buah trofi Copa del Rey, tiga buah trofi Liga Juara-Juara UEFA dan dua buah trofi Piala Kelab Dunia FIFA. Selepas menyertai Real Madrid, Ronaldo mendapat tempat kedua untuk anugerah Ballon d'Or di belakang Lionel Messi sebanyak tiga kali, sebelum memenanginya dua kali berturut-turut pada tahun 2013 dan 2014. Pada tahun 2014, Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terpantas dalam sejarah bola sepak Sepanyol apabila beliau berjaya mencapai 200 gol dalam La Liga hanya dalam 178 perlawanan[8]. Pada tahun 2015 pula, beliau merupakan penjaring gol terbanyak kelab[9]. Pada tahun 2016, Ronaldo memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali keempat selepas mendapat undian terbanyak[10].
Sebagai pemain untuk pasukan kebangsaan, Ronaldo telah dinamakan sebagai pemain Portugal terbaik sepanjang zaman oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal pada tahun 2015[11]. Ronaldo memulakan debut antarabangsa pada bulan Ogos 2013, semasa berusia 18 tahun[12]. Beliau merupakan pemain Portugal dengan kaps terbanyak dengan lebih dari 130 kaps, dan menyertai tujuh buah kejohanan utama. Gol pertama Ronaldo untuk pasukan kebangsaan dijaringkan semasa kejohanan UEFA Euro 2004, membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir[13]. Beliau mengambil peranan sebagai kapten pasukan bermula pada bulan Julai 2008, dan memimpin pasukan Portugal memenangi kejohanan pertama di peringkat antarabangsa dengan merangkul kejuaraan UEFA Euro 2016 dan menerima anugerah Kasut Perak sebagai penjaring gol kedua terbanyak dalam kejohanan tersebut. Ronaldo merupakan salah seorang daripada atlit paling berpengaruh, disenaraikan sebagai atlit dengan bayaran tertinggi di dunia oleh Forbespada tahun 2016 dan 2017[14][15], serta atlit paling terkenal di dunia oleh ESPN pada tahun 2016 dan 2017[16].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist