Total Pageviews

Sunday 17 April 2016

Saturday 16 April 2016

Kedah Vs JDT piala Fa 2016. Siapa pilihan anda?


Sila buat pilihan di ruangan komen di bawah.



Friday 8 April 2016

Best ke cerita Batman vs Supeman

Assalamualaikum..
Tolong bagi tau best ke tak best cita ni. Kalau best nak p tengok


Sunday 3 April 2016

OPOCOT: Terdapat Cubaan Menculik Perdana Menteri - Zahid

http://opocotko.blogspot.my/#

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam dewan rakyat hari ini mendedahkan bahawa terdapat cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan Daesh.

Menurut beliau yang juga merupakan Menteri Kementerian Dalam Negeri, kumpulan pengganas tersebut turut menjadikan beberapa pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran.

"Kumpulan ini (Daesh) turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

"Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan," katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Beliau mendedahkan perkara berkenaan bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) mengenai kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menggagalkan plot rancangan serangan pengganas IS di negara ini. - opocotko.blogspot.my

Bapa rogol anak ketika ibu keluar



Rogol
Gambar hiasan


JOHOR BAHRU – Luluh hati seorang ibu selepas dimaklumkan hasil pemeriksaan doktor mendapati anak tunggalnya itu telah diperkosa dan paling memeranjatkan perbuatan terkutuk itu adalah angkara suaminya sendiri.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, kanak-kanak enam tahun dan ibunya berusia 50 tahun itu,  kini di tempatkan di rumah perlindungan JKM disebabkan faktor keselamatan sementara kes dalam siasatan.

“Kanak-kanak terbabit memaklumkan dia berasa sakit di bahagian sulit kepada ibunya, namun mangsa tidak menceritakan dia telah dirogol bapanya.

“Disebabkan wanita itu tidak sedap hati, dia membawa anaknya ke sebuah klinik untuk menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun pihak klinik telah mencadangkan kepada ibu mangsa supaya merujuk kepada pihak hospital.

“Ketika itu, wanita yang bekerja sebagai tukang sapu itu masih belum tahu apa yang telah terjadi ke atas anaknya sehinggalah dia membawa anaknya ke hospital dan doktor menasihatkannya membuat laporan polis,” katanya.

Manayi berkata, ibu mangsa yang juga warga negara Indonesia turut mendakwa suaminya berusia, 60 tahun yang bekerja sebagai pemotong rumput kerap memukulnya jika berlaku perselisihan faham.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal JKM, lelaki pemegang status penduduk tetap itu, bertindak melakukan perkara terkutuk ketika isterinya tiada di rumah.

“Kita telah merujuk kanak-kanak terbabit untuk menjalani sesi kaunseling berikutan dia menunjukkan tanda kemurungan dan kurang bercakap,” katanya.

Manayi berkata, wanita itu juga terlalu sedih apabila suami yang diharapkan melindungi keluarga tergamak merosakkan anak sendiri. OPOCOT

Laporan palsu akibat kalah judi

judi

SEREMBAN - Kalah bermain judi menyebabkan seorang anggota tentera sanggup membuat laporan palsu kepada polis kononnya dia disamun sekumpulan penjenayah bersenjatakan pistol kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 26 tahun itu mendakwa disamun ketika sedang menunggang motosikal berdekatan Klinik Kesihatan Senawang, di sini, pada jam 2 petang.
“Dia buat laporan polis mengatakan telah disamun lima penjenayah yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna merah dengan nombor pendaftaran yang tidak pasti.
“Dalam kejadian itu, dia beritahu dua suspek telah mengacukan pistol di bahagian belakang badannya sebelum melarikan wang tunai RM120. Tapi dia tidak dicederakan,” katanya.
Muhamad Zaki bagaimanapun berkata, rahsia lelaki itu terbongkar apabila polis mendapati keterangan diberikan meragukan serta tidak konsisten.
Malah, katanya,  lelaki itu turut gagal menunjukkan tempat kejadian sebenar apabila diminta dan akhirnya mengaku membuat laporan palsu kerana kehabisan wang akibat kalah main judi.
“Tapi kita percaya ada motif lain di sebalik laporan polis dibuat. Selain menyiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, polis juga akan menyiasat mengikut Seksyen 182  kerana membuat laporan palsu," katanya di sini, semalam.
Sehubungan itu, Muhamad Zaki memberi ingatan dan amaran keras kepada orang ramai supaya tidak sesekali buat laporan palsu atas apa juga alasan kerana polis akan siasat secara menyeluruh setiap aduan.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil dan mereka mungkin berdepan hukuman penjara atas tindakan itu yang menyusahkan banyak pihak. opocot,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist