Total Pageviews

Sunday 8 September 2013

GEMPAQ DI INDON: Kanak-kanak perlu jawab tentang alat kelamin

JAKARTA: Ibu bapa pelajar sebuah sekolah di Aceh terkejut apabila anak-anak mereka yang semuda 11 tahun perlu menjawab soalan berhubung ukuran alat kelamin dan buah dada dalam borang data kesihatan pelajar.
Seorang ibu pelajar Sekolah Menengah Rendah Negeri Sabang itu berkata beliau terkejut apabila borang itu ditunjukkan anaknya yang kurang faham untuk mengisi borang soal selidik itu.
"Saya sangat terkejut sebaik melihat borang soal jawab yang turut menampilkan imej buah dada serta alat kelamin lelaki dan perempuan," kata Cik Nurlina yang ditukil akhbar Jakarta Globe.
Menurut Cik Nurlina, dalam satu halaman borang berkenaan, pelajar diminta menanda saiz alat kelamin mereka berdasarkan gambar tertera.
Pelajar lelaki juga ditanya sama ada mereka sudah melalui mimpi basah atau belum sementara pelajar perempuan diminta menjawab tentang saiz buah dada mereka.
Ketua Jabatan Pendidikan Sabang, Encik Misman, mengesahkan borang kaji selidik itu telah diedarkan kepada pelajar sekolah di daerah berkenaan selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan.
"Kaji selidik itu dibuat atas cadangan Pusat Kesihatan Masyarakat bagi mendapatkan maklumat tentang rekod kesihatan kanak-kanak," katanya. Borang kaji selidik yang sama pernah diedarkan pada tahun lalu, namun tidak ada sebarang bantahan yang dikemukakan mana-mana pihak.
Ini memandangkan tiada imej alat sulit perempuan dan lelaki yang dicetak pada borang tersebut, kata Encik Misman.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist