Asuruan: Polis semalam menangkap seorang lelaki yang memperkosa anak saudara isterinya berulang kali sejak empat tahun lalu.
Ketika
disoalsiasat mengenai tindakannya itu, buruh ladang berkenaan berkata,
dia bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap isterinya yang
sudah tidak mempunyai dara apabila mereka berkahwin.
“Saya dendam
keluarga isteri saya kerana dia bukan lagi perawan ketika saya
mengahwininya,” kata seorang anggota polis memetik kata-kata lelaki
terbabit. Menurut polis, kedua-dua mangsa berusia 14 dan 17 tahun ketika
mula diperkosa. Selain mengancam membunuh kedua-dua mangsa jika mereka
mendedahkan perbuatannya, lelaki itu juga mengugut akan menyebarkan
video pemerkosaannya ke atas mereka yang dirakam menerusi telefon
bimbitnya.
Jurucakap polis
Pasuruan AKP Supriyono Kamis berkata, lelaki itu memperkosa mangsa pada
siang hari ketika ibu bapa mereka keluar bekerja.
Perbuatannya hanya terbongkar selepas mangsa memberitahu ibu bapa mereka mengenainya minggu lalu.
Menurut Supriyono, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.
No comments:
Post a Comment