-KUALA
LUMPUR 22 Sept. – Polis menahan seorang guru agama di sebuah rumah di
Jalan Sungai Tua, Selayang dekat sini semalam bagi membantu siasatan kes
liwat seorang murid lelaki berusia lapan
tahun.
Suspek yang berusia 28
tahun ditangkap pada pukul 10 pagi selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Menurutnya, mangsa sebelum itu menceritakan kejadian tersebut kepada
bapanya ketika ditanya alasannya tidak lagi mahu mengikuti kelas tuisyen
guru agama berkenaan.
Kejadian itu katanya, terbongkar apabila mangsa tiba-tiba menangis
selepas dikejutkan bapanya untuk ke kelas tuisyen pagi semalam.
“Mangsa menceritakan apa yang berlaku kepadanya setiap kali dia ke kelas tuisyen di rumah guru berkenaan kepada bapanya.
“Hasil laporan pemeriksaan ke atas mangsa di Hospital Selayang turut
mengesahkan terdapat kesan koyakan pada dubur murid lelaki itu,” katanya
hari ini.
Tambah sumber itu lagi, polis turut merampas cadar dan sarung bantal milik suspek di rumahnya bagi membantu siasatan.
“Suspek direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.SUMBER-pilihan-anda.blogspot.com
SAMBUNG BACAAN
No comments:
Post a Comment