Total Pageviews

Wednesday 11 September 2013

Kes rogol di India: Hukuman mati wajar bagi pesalah kes rogol



NEW DELHI: Empat lelaki yang didapati bersalah merogol dan membunuh seorang pelajar di atas bas di New Delhi Disember lalu, wajar dijatuhi hukuman mati, kata pasukan pendakwa raya semalam.
"Hukuman yang paling wajar ialah hukuman mati," kata pegawai pendakwa raya, Encik Dayan Krishnan.
Empat pesalah - Akshay Thakur, Pawan Gupta, Vinay Sharma dan Mukesh Singh - tidak menunjukkan sebarang emosi di mahkamah semalam.
Peguam bela bagi Gupta, Encik Vivek Sharma, pula berkata anak guamnya patut dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
"Mahkamah perlu ingat bahawa di bawah undang-undang hukuman yang patut dikenakan ialah hukuman penjara seumur hidup dan hukuman mati merupakan satu pengecualian," katanya.
Hakim Yogesh Khanna bakal mengumumkan keputusan mahkamah esok setelah mendengar hujah kededua pasukan pendakwa raya dan peguam bela. - AFP, Reuters.
 SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist