Total Pageviews

Monday, 2 September 2013

Bahaya seks menerusi dubur


DOKTOR, saya sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Masalah saya, sekarang ini suami saya kerap melakukan hubungan seks melalui dubur saya. Adakah saya boleh mengandung sekiranya suami saya melepaskan air maninya ke dalam dubur saya?

Apakah hukumnya melakukan seks dengan cara itu dan adakah risiko untuk saya mendapat sebarang penyakit?

JAWAPAN...

MENGIKUT fahaman saintifik, lubang najis ketika wanita itu masih dalam perut ibu adalah bersatu dengan salur faraj dan kemudiannya kedua-dua saluran itu terasing. Jadi tidak hairan jika terdengar yang sebilangan kecil wanita terasa lebih terangsang jika salur najisnya dirangsang dengan jari atau dengan ereksi pasangan.

Hubungan liwat dianggap sebagai hubungan seksual luar tabii dan dari segi hukum undang-undang negara jika disabit kesalahan boleh dihukum. Mengikut Islam perilaku ini dilarang sama sekali kerana elemen luar tabii, haram hukumnya.

Faraj direka Tuhan untuk ereksi lelaki, tempat yang sesuai untuk disalurkan sperma untuk mendapat cahaya mata. Ini tidak berlaku jika hubungan seksual dilakukan di dalam lubang najis.

Oleh kerana lubang najis itu sensitif dan mengandungi mukosa yang tipis kemungkinan ia boleh tercedera dan juga berisiko kepada perempuan untuk mendapat buasir jika otot dinding salur najis terkoyak.

Melakukan hubungan penetratif seksual ke dalam faraj selepas selesai melakukan hubungan penetratif ke dalam lubang najis akan memberi risiko jangkitan kepada faraj. Ini kerana lubang najis ada banyak kuman dan kulat yang boleh mengakibatkan keradangan dan bau kepada faraj. Jika ini berlaku, wanita itu mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan faraj dan masalah kesuburan jika jangkitan merebak ke selaput endometrium dan salur telur.

Perkara yang sering berlaku ialah, lelaki yang seronok dengan hubungan penetratif seksual ke dalam lubang najis akan terus ketagih dengan hubungan itu yang kononnya lebih sempit dan amat terangsang jika dibandingkan dengan hubungan seksual di faraj. Sebenarnya ini hanya pendapat dan pilihan individu saja.

Kajian menunjukkan yang faraj wanita memang tempat sesuai untuk melakukan hubungan penetratif seksual. Faraj dalam kawalan wanita dan dia boleh menyempitkan atau mengembangkan saluran itu mengikut usaha dan dayanya. Anggota sulit wanita mengandungi banyak bahagian yang boleh merangsang wanita saperti klitoris, bibir kecil, U-spot, G-Spot (langit faraj) P dan C spot dalam faraj, jika dibandingkan dengan salur najis yang hanya mengandungi satu tempat yang merangsangkan dan ini pun hanya terdapat kepada sebahagian kecil wanita.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist