[SH] SETIU- Hasrat seorang wanita berusia 23 tahun untuk belajar solat
daripada seorang lelaki berusia 51 tahun menjadi detik malang buat
wanita berkenaan apabila lelaki itu didakwa merogolnya.
Dalam kejadian di rumah mangsa pada malam Selasa lalu di Kampung Tapah,
Chalok Barat di sini, mangsa yang juga suri rumah mendakwa dirogol lelaki yang datang ke rumahnya menggunakan alasan mahu mengajar mangsa
solat.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed
berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya menghubungi
suspek yang dikenali sebagai Pok Mat kira-kira jam 7.30 malam untuk
menyelesaikan masalah keluarga.
Menurutnya, mangsa yang tidak bekerja kemudian keluar bersama suaminya berusia 30-an dan berjumpa dengan suspek.
“Apabila perbincangan selesai selang beberapa minit kemudian, suami
mangsa pergi menggunting rambutnya di sebuah kedai berhampiran sementara
mangsa pulang ke rumahnya bersama suspek berusia 51 tahun dengan
menaiki motosikal selepas lelaki terbabit memberi alasan mahu mengajar
mangsa bersolat.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju pulang bersama suspek
dan sebaik tiba di rumah, dia diminta suspek memakai kain sarung sebelum
meminta tidur di atas tilam, seterusnya dirogol,” katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chalok, Setiu pada keesokan harinya dan suspek juga dari kampung
sama ditahan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.
SAMBUNG BACAAN....
SAMBUNG BACAAN....
ada jugak mcm ni,,,, ish2 apa nk jadi
ReplyDelete