Total Pageviews

Saturday, 17 August 2013

Lelaki bersenjata 'buat kacau' ditembak

ISLAMABAD: Lelaki Pakistan yang bersenjatakan senapang automatik ini berdiri di sebelah isterinya sedang dia berperang mulut dengan pihak polis berdekatan dengan sebuah bangunan pemerintah yang dikawal ketat di Islamabad, kelmarin.
Dalam insiden yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen itu, lelaki tersebut mendesak pihak berkuasa melaksanakan undang-undang Islam di Pakistan.
Polis Pakistan telah menahan lelaki itu lima jam kemudian setelah percubaan memujuknya gagal dan sebuah unit komando polis terpaksa menembak di bahagian kakinya selepas dia cuba melawan dan menembak ke arah mereka.
Lelaki tersebut, yang memandu kereta bersama isteri dan dua orang anaknya, sebelum ini ditahan kerana melanggar undang-undang trafik, kata polis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist