Total Pageviews

Friday 23 August 2013

Lagi wanita dirogol beramai-ramai di India

NEW DELHI: Seorang wartawan foto wanita telah dirogol beramai-ramai sedang rakan sekerja lelakinya diikat dan dipukul di Mumbai, lewat kelmarin.
Awal dari itu wanita itu telah diarah mengambil gambar di sebuah kilang tekstil yang terbiar di selatan Mumbai.
Beliau kemudian didekati oleh sekumpulan lima lelaki yang menawarkan bantuan bagi mendapatkan kebenaran bagi membolehkan wanita itu mengambil gambar di situ.
Pesuruhjaya Polis Satyapal Singh dalam satu sidang akhbar semalam berkata semu suspek kemudian mengikat tangan rakan sekerja wanita tersebut dengan tali pinggang sementara mangsa dirogol beramai-ramai.
Mangsa yang berusia 22 tahun itu kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kejadian itu merupakan kes keganasan seksual yang terbaru di India.
Pada Disember lalu, rakyat telah melahirkan rasa marah dan mengadakan bantahan selepas seorang wanita yang dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi meninggal dunia.
Pihak berkuasa telah digesa agar meningkatkan perlindungan ke atas kaum wanita di negara itu.
Sejak itu beberapa lagi kes rogol telah dilapor secara meluas.
Sebagai respons, pemerintah India telah memperkenalkan beberapa undang-undang baru bagi menangani masalah itu, termasuk meningkatkan tempoh penjara bagi kesalahan merogol.
Semalam, Encik Singh berkata salah seorang suspek telah ditahan sementara empat lain telah dikenal pasti.
Menurut beliau, kawasan di mana serangan itu berlaku sangat terpencil dan para suspek mungkin pengedar dadah. Sambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist