Total Pageviews

Wednesday 19 June 2013

INFO: Sesuatu yang anda tak tahu tentang David Beckham




David Robert Joseph Beckham OBE/ˈbɛkəm/[3] (lahir 2 Mei 1975)[2] merupakan bekas pemain bola sepak profesional Inggeris. Dia pernah bermain untuk Manchester UnitedPreston North EndReal MadridMilanLos Angeles GalaxyParis Saint-Germain, dan Pasukan kebangsaan England dimana dia memegang rekod penampilan terbanyak untuk posisi selain daripada penjaga gol.[4] Dia merupakan pemain Inggeris pertama untuk memenangi kejuaraan liga di empat negara, England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis. Dia mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–13 dan, pada 18 Mei 2013, dia bermain perlawanan terakhirnya sepanjang 20 tahun karier.[5]

Maklumat peribadi
Nama penuhDavid Robert Joseph Beckham[1]
Tarikh lahir2 Mei 1975 (umur 42)[1][2]
Tempat lahirLeytonstoneLondon, England
Ketinggian6 ka 0 in (1.83 m)[1]
Posisi permainanPemain tengah
Kerjaya remaja
Tottenham Hotspur
Brimsdown Rovers
1991–1993Manchester United
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1992–2003Manchester United265(62)
1994–1995→ Preston North End (pinjam)5(2)
2003–2007Real Madrid116(13)
2007–2012Los Angeles Galaxy98(18)
2009→ Milan (pinjam)18(2)
2010→ Milan (pinjam)11(0)
2013Paris Saint-Germain10(0)
Jumlah523(97)
Pasukan kebangsaan
1992–1993England B183(0)
1994–1996England B219(0)
1996–2009England115(17)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).
Karier profesional Beckham bermula di Manchester United, dimana dia membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada tahun 1992 ketika berumur 17 tahun.[6]Bersama United, Beckham memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris enam kali, Piala FA Inggeris dua kali, dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999.[6] Dia kemudiannya bermain selama empat musim untuk Real Madrid,[7] memenangi kejuaraan La Liga ketika musim terakhirnya bersama kelab itu.[8] Pada bulan Julai 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Major League Soccer, LA Galaxy.[9]Semasa menjadi pemain Galaxy, dia bermain secara pinjaman di Itali dua kali bersama Milan pada tahun 2009 dan 2010. Beckham merupakan pemain bola sepak Britain pertama untuk bermain dalam 100 perlawanan Liga Juara-Juara.[6]
Di peringkat antarabangsa, Beckham membuat penampilan sulung untuk England pada 1 September 1996, ketika berumur 21 tahun. Dia merupakan kapten untuk England selama enam tahun dimana dia bermain 58 kali sepanjang tempoh itu.[10][11] Secara keseluruhan, dia membuat 115 penampilan, beraksi dalam tiga kejohanan Piala Dunia FIFA(19982002 dan 2006) dan dua kejohanan Piala Eropah UEFA (2000 dan 2004).
Terkenal dengan hantaran bola dan sepakan percuma melentur, dia telah dua kali mendapat tempat kedua untuk Pemain Terbaik Dunia FIFA, dan pada tahun 2004 dia dinamakan dalam FIFA 100 sebagai salah seorang pemain terhebat di dunia yang masih hidup.[12][13][14] Secara konsisten disenaraikan sebagai salah seorang ahli sukan dengan pendapatan tertinggi, pada tahun 2013, Beckham disenaraikan sebagai pemain dengan pendapatan paling tinggi di dunia, dengan pendapatan lebih $50 juta dalam tempoh 12 bulan.[15]
Dia berkahwin dengan Victoria Beckham sejak tahun 1999, dan mereka mempunyai empat orang anak.[16] Anak sulung Beckham, Brooklyn bermain untuk Arsenal Bawah-16.[17]Pada bulan Februari 2014, MLS mengumumkan Beckham dan sekumpulan pelabur akan memiliki sebuah pasukan di Miami, yang akan mula bermain pada tahun 2016 atau 2017.[18]

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist