Total Pageviews

Wednesday, 19 June 2013

info: ASMARA


Hubungan asmara boleh dilakukan dengan pelbagai cara, pada bila-bila masa dan di tempat-tempat yang berbeza. Kerana itulah ia dianggap sebagai satu jenis seni yang memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup untuk mendapat manfaat daripadanya. Anda perlu membuka minda anda dengan menganggap seni asmara itu suatu aktiviti yang suci, mendatangkan pahala, romantis, menyeronokkan dan menguji tahap kebijaksanaan dan kreativiti anda dan pasangan untuk mendapat kepuasan bersama.
                Orang yang tertutup mindanya akan sentiasa menganggap asmara itu sebagai suatu perkara yang jijik, memalukan, kotor dan hina. Mereka ini juga tidak boleh menerima teknik-teknik asmara moden yang dianggap kebaratan padahal ia tidak pun menyalahi atau melanggar hukum agama. Hubungan asmara boleh dibahagikan kepada dua, iaitu seks dalaman dan seks luaran. Seks dalaman melibatkan dayungan zakar dan pancutan air mani ke dalam faraj manakala seks luaran tidak melibatkan pemasukan zakar dan pancutan air mani ke dalam faraj. Seks luaran dilakukan apabila keadaan tidak mengizinkan isteri untuk disetubuhi suami. Misalnya ketika isteri datang haid ataupun mencapai waktu subur di mana persetubuhan akan menyebabkan kehamilan yang tidak dirancang. Apabila tiba waktu-waktu seperti ini, seks luaran adalah amat penting untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist