Total Pageviews

Friday, 3 March 2017

Wanita Lahirkan 69 Anak Meninggal Dunia


SEORANG wanita dari Palestin yang dipercayai antara wanita paling subur di dunia, dilaporkan telah meninggal dunia. Ibu yang telah melahirkan 69 anak ini menghembuskan nafas terakhirnya di Gaza, minggu lalu. Namun nama dan identiti sebenar wanita itu tidak didedahkan media tempatan.

Berita sedih tersebut turut disahkan oleh suami wanita itu kepada agensi berita Gaza, Al-Ann, lapor stesen Al-Arabiya. Bagaimanapun, punca kematian ibu berusia 40 tahun itu tidak dinyatakan. Setelah berkahwin, wanita yang tidak diketahui namanya ini dikatakan telah melahirkan 16 kali bayi kembar, tujuh kali kembar tiga dan empat kali kembar empat.

Oleh itu, menjadikan kesemua anak yang telah dilahirkannya berjumlah 69 orang. Difahamkan, wanita ini bukanlah ibu pertama yang pernah melahirkan anak dalam jumlah ramai. Sebelumnya, seorang wanita dari Rusia bernama Vassilyeva juga telah melahirkan anak berjumlah 69 orang. Rekod kelahiran Vassilyeva turut tercatat dalam Guinness World Record.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

My Bloglist