Total Pageviews

Monday, 27 March 2017

Australia siap sedia hadapi Taufan Debbie, ribuan dipindahkan



SYDNEY: Lebih 25,000 orang yang tinggal di kawasan pantai di wilayah Queensland Australia dipindahkan sebelum Taufan Debbie melanda kawasan itu tengahari ini.

Taufan kategori empat itu dijangka membadai bahagian pantai dari bandar Ayr hingga bandar Bowen dengan angin sekencang 260 kilometer sejam.
Perdana Menteri Queensland turut mengarahkan semua penduduk di kawasan berkenaan supaya segera berpindah sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

Taufan Debbie sebelum ini dilapor telah membadai Kepulauyan Cayman.

Pihal berkuasa turut mengarahkan penduduk yang tinggal di bahagian timur laut untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

Kedua-dua bandar  berkenaan yang merupakan kawasan pertanian  tidak pernah mengalami taufan melebihi kategori dua dengan angin sekencang 125 hingga 164 km sejam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

My Bloglist