Total Pageviews

Tuesday, 20 October 2015

Dua Pelancong Mengaku Bogel

http://www.pingje.org/out/opocot-sangat-gempaq-gigolo-dicari-untuk-upah-rm4000-satu-hari-2/#

Kota Kinabalu – Dua daripada empat pelancong warga asing yang ditahan polis baru-baru ini mengaku berbogel ketika berada di atas puncak Gunung Kinabalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pengakuan berkenaan sudah direkodkan namun beliau tidak mendedahkan identiti dua yang berkenaan.

“Mereka juga memberitahu kita mengenai seorang lagi individu yang berbogel bersama mereka,” katanya.

Sehingga kini polis mereman empat pendaki dan pihak keselamatan masih memburu enam lagi yang dikatakan turut berbogel di atas gunung yang dianggap suci oleh penduduk tempatan itu.

Selain berbogel mereka turut didakwa membuang air kecil di atas Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Gambar mereka kemudiannya dimuat naik di media sosial sehingga menjadi viral.

Suku Kadazandusun Sabah menyifatkan perbuatan kumpulan pendaki itu sebagai mencemarkan tempat suci.

Terdahulu mahkamah majistret di sini memerintahkan empat pelancong asing direman empat hari mulai Rabu sehingga 13 Jun ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Dzulhelmi Yunus terhadap dua beradik lelaki warga Kanada dan dua wanita – warga British dan Belanda.

Mereka berusia lingkungan 20 hingga 33 tahun.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, lapor mStar Online.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist