Total Pageviews

Sunday 13 October 2013

Singapura: 12 cedera dalam nahas jalan raya


TERBARING DI TEPI JALAN: Sebahagian mangsa kemalangan yang melibatkan van dan lori terbaring di tepi jalan sebelum dikejarkan ke hospital.

SERAMAI 12 orang yang mengalami pelbagai jenis kecederaan dikejarkan ke hospital apabila lori yang mereka tumpangi terlibat dalam satu kemalangan di Lentor Avenue pagi semalam.
Menurut polis, tujuh mangsa dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), manakala lima lagi dihantar ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah van, yang dipercayai melanggar lori yang membawa 12 mangsa itu.
Kerakyatan 12 mangsa itu, termasuk pemandu lori, belum dikenal pasti.
Polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di Lentor Avenue, menghala ke Ang Mo Kio Avenue 6, sekitar 7.05 pagi.
Seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.08 pagi dan mengerahkan sebuah kereta bomba, tiga ambulans dan sebuah kenderaan sokongan ke tempat kejadian.
Sekumpulan mangsa itu mengalami pelbagai kecederaan, dengan sebahagian daripada dikatakan cedera parah.
Kes tersebut sedang disiasat polis.
Ini merupakan kemalangan kedua yang berlaku dua hari berturut-turut di kawasan Lentor Avenue.
Kelmarin sebuah teksi Trans Cab yang menuju ke Yishun Avenue 2 dari Ang Mo Kio terbabas ke longkang sekitar 6.30 pagi.
Tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
SAMBUNG BACAAN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist