
Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan
mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan
seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
- Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang
utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara
keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological
Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan
penurunan tekanan darah.
- Seks meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual
yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat
hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang
tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
- Seks membakar lemak
Seks selama 30 min membakar
85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia
melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti
Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
- Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan
sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung
berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
- Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan
‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual
Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap
diri sendiri.
- Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan
mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil
“love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
- Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin
meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa
sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS
semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin
dan hubungan seks anda.
- Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati
ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko
kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang
diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
- Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa
seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh
dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
- Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.
SAMBUNG BACAAN
No comments:
Post a Comment