Total Pageviews

Friday, 19 July 2013

Alvin Tan dan Vivian Lee: Blogger hina Islam didakwa


HADAPI TIGA TUDUHAN: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee kini ditahan reman sementara menantikan hari perbicaraan. - Foto AP

KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee semalam dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Bagi pertuduhan pertama, pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook bertajuk Alvin and Vivian-Alvivi' dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh (sup tulang babi)...Wangi, enak, menyelerakan!!!" bersama logo Halal di sebelahnya.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 dengan 12 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Di bawah akta itu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 ($1,980) atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen sama yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan antara penganut agama berlainan.
Kandungan itu telah dibaca di Syed Restaurant, Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dengan 12 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di laman www.alviviswingers.tumblr.com antara 9 malam dengan 2 pagi pada 6 dan 7 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sekurang-kurangnya RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Pertuduhan terhadap Tan, 25 tahun dan Lee, 24 tahun, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka.
Masing-masing tidak mengaku salah dan berkata:
"Saya minta dibicarakan".
Hakim Murtazadi tidak membenarkan pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin atas sebab kepentingan awam.
Justeru, Tan akan ditahan di penjara Sungai Buloh sementara Lee pula di penjara Kajang.
Kes mereka akan didengar lagi di mahkamah pada 23 Ogos ini. - Agensi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

My Bloglist