X-Men: Apocalypse ialah sebuah filem superhero Amerika
Syarikat 2016 berdasarkan karakter-karakter X-Men yang muncul di dalam Marvel
Comics. Ia merupakan sekuel kepada filem 2014, X-Men: Days of Future Past
dan filem kesembilan dalam siri filem X-Men. Diarahkan oleh Bryan Singer,
filem ini dibintangi James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Oscar
Isaac, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Olivia Munn, Evan Peters, Kodi Smit-McPhee, Sophie
Turner, Tye Sheridan, Alexandra Shipp, Lucas Till, Josh Helman, Lana Condor dan
Ben Hardy. Dalam "X-Men: Apocalypse", mutan purba En Sabah Nur sedar
pada tahun 1983 dan merancang untuk menghapuskan tamadun moden serta mengambil
alih seluruh dunia, tindakan ini telah menyebabkan X-Men mencuba untuk
menghalang dia dan mengalahkan pengikut mutan murtadnya.Filem ini diumumkan oleh Singer pada bulan Disember 2013 dengan Kinberg, Dougherty dan Harris terikat untuk membangunkan cerita. Pemilihan pelakon bermula pada bulan Oktober 2014 manakala fotografi utama bermula pada bulan April 2015 di Montreal, Kanada dan berakhir pada bulan Ogos tahun yang sama. X-Men: Apocalypse ditayangkan pada Mei 27, 2016 di Amerika Utara dalam format 3D dan 2D serta dalam format IMAX 3D di pasaran antarabangsa terpilih.[2]Filem ini telah memperolehi kutipan sebanyak $527 juta di seluruh dunia.
Jom Tengok Full Movie di bawah
No comments:
Post a Comment