Isteri saya yang mulakan dulu…dia ada lelaki lain, lebih teruk lagi lelaki itu kawan saya sendiri
Penguat kuasa Jaij Batu Pahat mengambil keterangan pasangan yang didapati berdua-dua dalam bilik sebuah hotel bajet.
BATU PAHAT – “Isteri saya yang mulakan dulu…dia
ada lelaki lain, lebih teruk lagi lelaki itu kawan saya sendiri,” kata
seorang lelaki yang berusia 25 tahun yang ditahan bersama kekasih
gelapnya.
Lelaki berkenaan yang sudah mempunyai seorang anak itu didapati berkurung bersama dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di sini, semasa Operasi Khalwat dilakukan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, semalam.
Timbalan
Penguat kuasa, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika pemeriksaan
dilakukan pada awalnya lelaki itu mendakwa tinggal berseorangan di bilik
hotel itu.
Katanya, bagaimanapun hasil pemeriksaan menyeluruh,
pihaknya menemui seorang wanita yang berusia 20an yang berada dalam
keadaan ketakutan menyorok dalam tandas.
“Hasil soal siasat serta pemeriksaan yang kami lakukan, pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dan mengaku telah melakukan perbuatan salah.
“Mereka juga mengaku baru mengenali antara satu sama lain…dan perkenalan mereka tidak sampai sebulan selain dalam proses untuk menjalin hubungan yang lebih serius.
“Semasa serbuan ini
dilakukan lelaki berkenaan turut mengadu dia mempunyai masalah dengan
isterinya dan kini dalamproses perceraian ,” katanya kepada Sinar Harian
Saiful
berkata, walau apa juga alasan yang diberikan, pasangan berkenaan telah
melakukan kesalahan kerana berdua-duaan dalam bilik tertutup dan boleh
mendatangkan fitnah.
Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan
akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Johor 1997,
“Pasangan ini akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.
“Operasi
yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk membendung kegiatan sumbang
yang semakin menular di kalangan anak-anak muda yang semakin
membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.
“Selain itu, operasi
seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap lagi, dengan tertumpu
pada aduan orang ramai, hotel-hotel bajet dan juga kawasan yang
berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya
No comments:
Post a Comment