Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara
terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat
kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika
ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan
seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri
anda?
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi
masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari
‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini
mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak
mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya
perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa
jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa
‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia
tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri
yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskanDr
Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus
untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap
atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap
sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk
perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui
batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut
beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat
nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas
jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’
atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali
Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar)
apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya
benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan
suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini
dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Ilmu agama itu penting betulkan bro??
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Delete