Petua Cantik Dan Menawan Seperti Wanita Arab
Budaya
dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak
memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah sangka, kecantikan
para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa
di seluruh dunia. Apa rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan
Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat
dan termuda berbanding wanita dari dunia lain. Ini beberapa sebabnya .
1.
Kulit sihat sesuai tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi
kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada
proses pencoklatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan
ini berwarna kecoklatan. Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah
ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti.
2.
Berpakaian sopan dan tudung, Sebahagian besar wanita Arab menggunakan
hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan
budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan
akibat hawa panas dan sinar matahari.
3. Penjagaan kulit
datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab
merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka,
kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan
wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan
kulit dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers .
4.
Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar
dan lebih alami daripada sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita
bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stres yang dialami wanita
Arab. Umumnya, wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai,
mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah
faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita
Arab.
No comments:
Post a Comment