Mohd Faiz Subri (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Pulau Pinang sebagai pemain tengah (Attacking Midfielder) atau Penyerang (Striker).
kandungan
- 1 Kerjaya
- 2 Karier antarabangsa
- 3 Gol sepakan percuma
- 4 Anugerah
- 5 Rujukan
Kerjaya
Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis.[1] Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC.[2] Bagi musim 2013 pula, Faiz menandatangani kontrak bersama rakan sepasukan di T-Team, Zairo Anuar Zalani. Pada bulan April 2013, Faiz menyertai pasukan Kelantan FA. Selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan sehingga akhir 2014, Faiz kemudiannya menandatangani kontrak bersama Pulau Pinang FA untuk musim 2015. Beliau membantu Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2016 selepas muncul naib juara Liga Perdana Malaysia 2015.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete