Gadis Dicabul Kerana ‘Terlalu Cantik’
Kuala Lumpur –
Seorang duda memberitahu mahkamah majistret di sini hari ini beliau
mencabul seorang pelajar perempuan kerana dia terlalu cantik.
Sebelum
menjatuhkan hukuman atas tuduhan mencabul, Majistret Ashraf Rezal Abdul
Manan bertanya kepada tertuduh mengapa dia memegang mangsa, tertuduh
menjawab dalam Bahasa Mandarin, “Gadis itu terlalu cantik”.
Duda seorang
anak itu dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah mencabul
pelajar itu, ketika duda itu menjaga isterinya yang koma di sebuah
hospital.
Majistret
menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Loon Cheng, 53, seorang tukang cat
dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia
ditangkap, 11 Jun lepas.
Lim didakwa
mencengkam kedua-dua belah lengan gadis berusia 19 tahun itu dan
berkata, “I love you” dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di
dalam sebuah wad, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),
Brickfields, di sini, pukul 10.10 malam, 10 Jun lepas.
Bapa kepada
anak berusia 12 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau
sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Mengikut fakta
kes, tertuduh yang sedang menjaga isterinya yang separa koma di wad
tersebut meminta mangsa yang sedang menjaga neneknya yang sakit di katil
hadapan, menutup suis lampu di tempat duduk tertuduh.
Semasa mangsa
menutup lampu, tertuduh memegang kedua-dua lengan gadis itu sebelum
gadis itu menolak tertuduh dengan kuat dan lari dari bilik wad tersebut.
Tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Bernama.
No comments:
Post a Comment