Dua Pelancong Mengaku Bogel
Kota Kinabalu –
Dua daripada empat pelancong warga asing yang ditahan polis baru-baru
ini mengaku berbogel ketika berada di atas puncak Gunung Kinabalu.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pengakuan berkenaan
sudah direkodkan namun beliau tidak mendedahkan identiti dua yang
berkenaan.
“Mereka juga memberitahu kita mengenai seorang lagi individu yang berbogel bersama mereka,” katanya.
Sehingga kini
polis mereman empat pendaki dan pihak keselamatan masih memburu enam
lagi yang dikatakan turut berbogel di atas gunung yang dianggap suci
oleh penduduk tempatan itu.
Selain berbogel mereka turut didakwa membuang air kecil di atas Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.
Gambar mereka kemudiannya dimuat naik di media sosial sehingga menjadi viral.
Suku Kadazandusun Sabah menyifatkan perbuatan kumpulan pendaki itu sebagai mencemarkan tempat suci.
Terdahulu mahkamah majistret di sini memerintahkan empat pelancong asing direman empat hari mulai Rabu sehingga 13 Jun ini.
Perintah itu
dikeluarkan Majistret Dzulhelmi Yunus terhadap dua beradik lelaki warga
Kanada dan dua wanita – warga British dan Belanda.
Mereka berusia lingkungan 20 hingga 33 tahun.
Kes itu
disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit
kesalahan, lapor mStar Online.
No comments:
Post a Comment