Isteri Potong Anu Suami
Kerana Cemburu - JAKARTA - Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita
terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak
memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu
kejadian di Jawa Timur, hari ini.Kejadian yang menggemparkan itu berlaku
di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal
berita Tempo.Co.
"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar
sebagaimana dipetik laman portal berita itu.Beliau berkata, ketika itu
lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang
terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau,
kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.
Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.Jurucakap polis daerah
Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata, berdasarkan maklumat yang
dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana
mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
"Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai
polis," katanya.Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan
intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep. -
No comments:
Post a Comment