ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam
haid, tetapi
jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.
Barangkali
kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami
menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.
Mengikut
pandangan dan kefahaman
kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke
tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang
haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali
suci.
Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki
terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada
pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga
kebenarannya.
Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.
Malah,
ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur
darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan
dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita
dan mengakibatkan maut!
Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.
Memandangkan
hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya
ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.
Sebahagian
besar wanita pula mendapati ketika dalam haid,
nafsu syahwat meningkat
secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup
melakukan seks ketika itu.
Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan
seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.
Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu
hamil.
Bagaimanapun,
jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan
wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan
hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.
Pada
pendapat saya, sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan
seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi
tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.
SUMBER INTENET...
SAMBUNG BACAAN