Total Pageviews

Tuesday, 14 March 2017

Selepas tular sedunia, Prof Kelly jawab soalan tentang keluarga dan seluarny



Kelly telah menghantar surat permohonan maaf selepas kekecohan dalam temubual dengan BBC itu.                         

PROFESOR Robert E. Kelly yang sebelum ini menjadi tular gara-gara aksi lucu yang dipaparkan keluarganya ketika temu bual secara langsung bersama stesen televisyen BBC, akhirnya membuka mulut tentang situasi sebenar yang berlaku ketika itu.

Dalam satu temubual dengan portal The Wall Street Journal (WSJ), Kelly memberitahu, semuanya berlaku kerana kesilapannya yang terlupa untuk mengunci pintu ketika sesi temu bual dengan BBC dijalankan.

Hal itu diakui isterinya, Kim Jung-A, yang juga merupakan watak penting dalam video berkenaan apabila gaya 'meluncur'nya untuk menyelamatkan keadaan, membuatkan ramai penonton pecah perut.

"Selalunya memang dia (Kelly) kunci pintu apabila melakukan temu bual," kata Kim kepada WSJ.
Temu ramah dengan WSJ itu pada mulanya hanya melibatkan Kelly, sebelum turut disertai Kim dan dua anak mereka, Marion, 4, dan James, 8 bulan.


Ketika kekecohan itu berlaku, kata Kim, dia sedang menontonnya secara langsung di televisyen di ruang tamu.

Namun siaran televisyen yang lewat beberapa saat membuatkan dia agak lambat untuk menyedari 'pencerobohan' yang dilakukan anak-anaknya itu.

Kelly pula menambah, ketika kejadian, dia cuba untuk fokus dengan temu bual yang berjalan namun mengakui sangat geli hati dengan gelagat isteri dan anak-anaknya.

Pensyarah Sains Politik di Pusan International University, Korea Selatan itu juga ada menghantar surat permohonan maaf kepada BBC susulan kekecohan itu.

Agak lucu apabila dalam temu bual terbaharu ini, anak sulung Kelly, Marion, dapat didengar menjerit memanggil bapanya dari luar bilik.

"Inilah kehidupan saya," kata Kelly, sebelum bangun untuk membuka pintu dan membenarkan anak perempuannya itu masuk.

Portal CNET pula melaporkan, Kelly turut menjawab satu persoalan yang menjadi tanda tanya ramai; adakah dia tidak memakai seluar ketika temu bual itu?

"Saya pakai seluar jean," jawab Kelly.

Sunday, 12 March 2017

Interview Dengan Mertua Orang Terengganu



Mertua: Mu orang mane? 

Bakal Menantu: Kodiang Mak Cik.

Meetua: Kuaja mung, belung gapo-gapo lagi soh aku diang (diam)

Monday, 6 March 2017

Doktot dan Pomen



Ada sorang pomen hat takdak reja. Takdak pasai, dia pi bukak klinik. Nak suruh orang mai, dia buh iklan 'Mai berubat sini, bayaq 30 ringgit saja, kalau tak buleh nak berubat, jangan segan mai kelim 100 ringgit'...

Si pomen dapat pekerja sorang misi cun. Nak jadi cerita, ada la sorang doktor terbaca. Doktor apa lagi, nak cuba la pekena si pomen, kot-kot buleh kelim 100 ringgit...

Pomen: Ya tuan, ca cerita mai sakit apa ni?
Doktor: Tawaq mulut, tak berasa langsung waktu makan.
Pomen: Misi, bok mai sat ubat nombot 69. Boh 3 titik dalam mulut pesakit ni.
Doktor: Wei! Minyak petrol ni!!
Pomen: Ha, buleh rasa dah? Alhamdulillah, satgi pi bayaq 30 ringgit kat misi.
Doktor tak puas ati. Selang seminggu, dia pi pulak jumpa si pomen.
Pomen: Sakit pa, tuan?
Doktor: Saya hilang ingatan.
Pomen: Ok! Misi, ambik sat ubat nombot 69. Boh 3 titik dalam mulut pesakit ni.
Doktor: Aik, bukan ka tu minyak petrol?
Pomen: Ha, ingat dah? Alhamdulillah, satgi pi bayaq 30 ringgit kat misi. 
Doktor mula serabut kepala. Lepaih seminggu, dia pi lagi.
Pomen: Tuan sakit pa pulak ni?
Doktor: Mata rabun. Tak nampak pa langsung.
Pomen: Ya ka? Maaf la, hat ni saya tak buleh nak berubat. Nah ambik 100 ringgit ni.
Doktor: Aik? Ni 50 ringgit ja?
Pomen: La, nampak jelas dah ka? Alhamdulillah, mai balik 50 ringgit ni. Satgi pi bayaq 30 ringgit kat misi. 

Kisah Kentut Ketika Mesyuarat Guru



Tiba-tiba, terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing-masing memberikan komen:

Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.

Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord C MAJOR.

Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup meneruskan kehidupannya.

Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.

Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata angin.

Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya perang mulut.

Pengetua: Sememangnya saya yang kentut. Besar sangat ke masalahnya?

Friday, 3 March 2017

Wanita Lahirkan 69 Anak Meninggal Dunia


SEORANG wanita dari Palestin yang dipercayai antara wanita paling subur di dunia, dilaporkan telah meninggal dunia. Ibu yang telah melahirkan 69 anak ini menghembuskan nafas terakhirnya di Gaza, minggu lalu. Namun nama dan identiti sebenar wanita itu tidak didedahkan media tempatan.

Berita sedih tersebut turut disahkan oleh suami wanita itu kepada agensi berita Gaza, Al-Ann, lapor stesen Al-Arabiya. Bagaimanapun, punca kematian ibu berusia 40 tahun itu tidak dinyatakan. Setelah berkahwin, wanita yang tidak diketahui namanya ini dikatakan telah melahirkan 16 kali bayi kembar, tujuh kali kembar tiga dan empat kali kembar empat.

Oleh itu, menjadikan kesemua anak yang telah dilahirkannya berjumlah 69 orang. Difahamkan, wanita ini bukanlah ibu pertama yang pernah melahirkan anak dalam jumlah ramai. Sebelumnya, seorang wanita dari Rusia bernama Vassilyeva juga telah melahirkan anak berjumlah 69 orang. Rekod kelahiran Vassilyeva turut tercatat dalam Guinness World Record.

Wednesday, 1 March 2017

MENGAPA SAYA TAK PERNAH MARAH PADA ISTERI SAYA LAGI ...


Pengakuan jujur Seorang Suami

Ini rahsianya...

Sewaktu berbulan madu di negara orang, isteri saya melihat seekor kucing yang nakal. Dia pun mengajak kucing yang nakal itu bermain. Tapi, tak diduga kucing nakal itu menggigit tangannya. Isteri saya tersenyum dan memberi amaran pada kucing itu sambil berkata
"SATU..."

Kemudian isteri saya kembali mengajak kucing nakal itu bermain. Sekali lagi kucing nakal itu menggigit tangan isteri saya sampai berdarah. Isteri saya kembali tersenyum dan berkata:  
"DUA..." 

Saya mulai was-was. Tapi isteri saya dengan tenangnya mengajak kucing nakal itu kembali bermain. Sayangnya, kucing itu kembali menggigit tangan isteri saya. Isteri saya berkata pada kucing itu sambil tersenyum: "TIGA..." dan isteri saya mengambil pistol dari begnya dan menembak kucing itu sampai mati.

Saya marah kepada isteri saya: "Mar, kamu sudah gila ka?" Isteri saya memandang saya sambil tersenyum dan berkata: "SATU..." 
Sejak itu saya tidak pernah marah lagi kepada isteri saya.

-SEKIAN-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK JANGAN TAK KLIK

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

My Bloglist